Petikan kata - kata Ustaz Don Daniyal
Keberkatan rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup . Rezeki bukan sekadar wang , harta , makanan dan minuman . Sebaliknya jodoh , anak , pangkat , kedudukan , kejayaan dan sebagainya .
Berjudi , rasuah , mencuri , menipu , no
mbor ekor , pelaburan haram dan seumpamanya . Namun ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita dibayar upah atau digajikan utk melakukan sesuatu pekerjaan dgn tidak bersungguh-sungguh . Sebaliknya apa yang berlaku pelbagai masalah di tempat kerja adalah malas , curi tulang , dengki , datang lewat dan lain-lain .
Mari kita muhasabah dan audit diri apakah tanda-tanda keberkatan rezeki .
- Hati semakin dekat kepada Allah dan jiwa tenang (Menjaga solat 5waktu malah rajin membuat solat sunat , berzikir dan membaca Al-Quran) .
- Pemurah (Mudah bersedekah) .
- Jauh daripada kejahatan manusia dan bala .
- Keluarga harmoni dan anak cemerlang .
- Sentiasa merasa cukup dan syukur .
Mari audit diri jadi yang terbaik di dunia mahu pun di akhirat... ♥
No comments:
Post a Comment