Showing posts with label VIVIX. Show all posts
Showing posts with label VIVIX. Show all posts

Wednesday, November 21

Perubahan demi perubahan

Salam petang buat all the readers :

FUH!FUH! Tiup sket. naek berghabuk belog tak dapat nak diupdate. Almaklumlah, berpindah ke rumah baru..kawasan kampung katanya... tak dapat line internet. jadi, ni baru berkesempatan online di kampung terchenta!
Ok, hari ni nak pendekkan ceghita. walaupun tak dapat nak update blog, insyaallah...hasil tiadanya line memberikan inspirasi penulisan yang mencurah - curah.

Hari ni nak cerita pasal testimoni diri sendiri.

Wajah saya ni takderla semanis Siti Nurhaliza ataupun secomelnya.. namun terdetik untuk jadikan wajah ni ala - ala putih mulus katanya.. cukuplah sederhana apabila encik Suami memandang cukup cantik untuk dirinya. Namun sebagai seorang wanita yang bekerjaya dan sering berjumpa dengan ramai orang....adalah dengan sendirinya kita akan rasa sedikit malu dengan penampilan yang ungkin rasa seperti mencacatkan pemandangan orang. bukan tak bersyukur dengan kesempurnaan yang telah dianugerahkan, cuma, naluri seorang wanita dan manusia itu sendiri memang mementingkan kesempurnaan.

Jadi nak share pengalaman sendiri dalam menggunakan produk Shaklee nih. sejak berjinak dengan produk Shaklee ni, target awal untuk kecergasan diri. sebagai seorang guru yang sememangnya akan berjalan selama lebih kurang 6 jam di sekolah, kekuatan mental dan fizikal memang amat diperlukan. alhamdulillah, hasil keberkatan usaha dan disiplin makan rangkaian kesihatan optimum, memang menunjukkan kesan yang sangat sangat positif. kemudian, terbaca pula testimoni - testimoni mereka yang mengamalkan Shaklee untuk kecantikan kulit. tak kiralah muka ke..badan ker...ok, note.

So, berbekalkan sedikit modal, saya mula mengamalkan vit selain multivit, vit c dan b comp dan alfalfa.

a) GLA - saya menggantikan EPO dari brand di pasaran kepada GLA. Fungsinya lebih kurang EPO. Kenapa? Kerana, selepas melahirkan anak pertama, period saya tidak teratur yang menyebabkan perut selalu senak lagi2 masa sepatutnya datang cik P. Saya amalkan secara konsisten selama sebulan dan alhamdulillah, period saya mula teratur.

b) ESP - The best produk saya pernah cuba. Kenapa? Susu makin pekat..... si tecik yang sedang menyusu cepat kenyang..jadi saya boleh buat stok susu lebih banyak! Satu lagi yang best, dengan combination ESP + GLA, parut di perut yang sangat scary the movie tu mula fade out sedikit demi sedikit... perut makin chantek! En suami pun perasan (bangga ada perut cantik! hehehe)

c) Vit E - Nak beli macam berkira sket... tapi apa juga akan ku lakukan. Kenapa nak ambil E? Sebab, muka dee ni agak penuh dengan jeragat. then, kat kai ni ada kesan eczema yang tak braper cantik dipandang. jadi, niatnya untuk menyahkan kesan2 degil semua nih! dah consume selama 3 bulan, alhamdulillah, jeragat makin pudar..kesan eczema kat kaki tu pun dah makin cantik. warna dah makin rata dengan kulit.

d)Ostemetrix (kalsium) - lepas beranak juga terasa badan makin letih, tak bertenaga lagi-lagi time sekolah banyak program. dengan anak yang memang konfom bangun 3 jam sekali untuk menyusu, memang terasa tak berkualiti tidur. dengan mengamalkan oste 2 biji sebelum tidur, badan rasa lebih segar apabila bangun pagi. Terasa sangat perbezaanya!!!!! PSSST!!!! nak share sket... oste juga boleh diambil bagi mereka yang sembelit... LEBIH LAWAS!!!!

e) VIVIX - ha...yang ni coming soon yer... tak dapek den nak membeli lagi eh!

Ok! itulah perkongsian ikhlas. Bukan hanya nak berbiz, tetapi untuk sharing betapa kesihatan tu sangat penting dalam diri setiap individu! Tak guna duit berkepuk kat dalam bank tu jika hanya untuk keindahan materialistik... Melaburla sikit untuk kesihatan. Hand Bag beribu takkan mampu menjamin kesihatan. Kalau dah sakit duk terlantar kat umah pun, handbag tu duk dalam almari, je kan?????? Fikir - fikirkan.....


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya

:DEE:

:SMS/WHATSAPP :0197578554:
:FB :www.facebook.com/diey.ziah:

Saturday, October 27

Inilah VIVIX!


Vivix Shaklee adalah antara makanan tambahan terbaik dari Shaklee..menjadi pilihan mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan..dan juga untuk awet muda.. ;) 

Apakah sebenarnya Vivix ini? 

  • Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
  • Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Bolehkah amalkan VIVIX dengan suppliment yang lain?

Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.


Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama


Revolusi Terbaru dari Shaklee
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 

Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 



Jangan terkejut ye Ayu Raudhah juga adalah pengguna produk Shaklee. Vivix adalah suplemen favourite Ayu Raudhah sehingga kini. Di antara tip-tip kecantikan Ayu Raudhah ialah;

Tips kecantikan wajah
- Membersihkan dan menjaga muka dengan kerap
- menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah
- Menjalani rawatan muka dari produk2 yang dipercayai

Tips kesihatan rambut
- menggunakan daun bunga raya

Tips kesihatan tubuh badan
- menjaga pemakanan
- melakukan senaman (bangkit tubi 50 kali sebelum tidur)
- mengamalkan sirap Shaklee (Vivix)

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Walaubagaimanapun, pengambilan Vivix adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak, wanita hamil dan yang sedang menyusukan bayi kerana ia mengubah DNA. 

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”

Beli 2 unit Vivix dan dapatkan KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA!
PERHATIAN : Vivix tidak disarankan kepada ibu mengandung.
Hadiahkan Vivix Shaklee kepada yang tersayang – suami, isteri (kecuali yang mengandung), ibu, ayah, mentua.. malah kepada diri sendiri.. taknak ke jadi cantik dan sihat macam Ayu Raudhah :>
credit to: www.ibuhakimhaikal.com


Hubungi saya

: RADHIAH RAHIM ( DEE ):
:SHAKLEE ID : 866962:
:SMS / WHATSAPP : 019-7578554:

Wednesday, October 24

Mahal Yang Berbaloi - Baloi


Di malam - malam yang sunyi dan hening nih...ada teh tarik panas sedap gak eh? saper nak tolong buatkan teh ni. 



Tapi malam ni bukan nak cerita pasal teh. Tapi nak cerita pasal satu produk yang BOLEH TAHAN harganya, tapi rata - rata mereka yang dah mencuba memang puas hati. Bak kata orang putih ... ala.. tak ingat la orang putih kata aper... ha, orang melayu kata " Alah membeli, menang memakai".. ha... tak tau maksud? takper,... ni nak bagi contoh la ni.korang nak tak muka macamni masa umur 45 tahun?



walaupun dee kurang pasti braper umur model ni... tapi lebey kurang la kan? teringin sangat nak kekal manis dan comel dah tua - tua nanti. Baca testimoni pasal VIVIX. Antara produk Shaklee yang dipercayai mengandungi anti oksidan yang baik dan melambatkan proses penuaan.
Revolusi Terbaru dari Shaklee



Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 


Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  

Bakal dipatenkan tidak lama lagi.  Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Vivix ni membuang toksin dlm salur darah.. tahukah anda.. bad kolestrol LDL akan menjadi toksin dlm badan anda dan boleh menyebabkn plag dalam saluran darah dan menyebabkan anda berisiko tinggi terkena stroke.. dan tahukah juga anda..LDL juga berupaya menarik radikal bebas... soooo bad..hahahha

tapi........... apsal la ko BOLEH TAHAN harganya...tak mampoo lagi den nak membeli ekau nih!  Ni Ha benda nya ter..tapi, kalau ada reader yang rasa nak mencuba, jangan malu2 hubungi i, yer!




maka.. lindungilah diri anda mulai sekarang...
NAK TAU LEBIH PASAL VIVIX? CLICK HERE~~~~

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung. 

Hubungi saya

: RADHIAH RAHIM ( DEE ):
:SHAKLEE ID : 866962:
:SMS / WHATSAPP : 019-7578554: