Thursday, October 24

Panduan Penyusuan Susu Ibu

"Tahniah...congrate...welcome to motherhood...selamat berpantang...."

Semua di atas merupakan ucapan selamat yang biasa didengari atas kelahiran bayi baru... Seronok memang seronok kerana anak yang kita kandung, yang kita bawa selama 9 bulan akhirnya menjengahkan wajahnya dalam keadaan selamat,sihat, dan sempurna fizikal dan mentalnya. Berikanlah si manja anda ini satu tanda aras permulaan yang baik. berikannya susu ibu supaya dia terus sihat, cergas dan cerdas.

APA ITU PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF?
Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud memberi bayi anda susu ibu sahaja, bukan makanan atau minuman lain KECUALI ubat - ubatan dan vitamin yang diberi atas nasihat doktor.

APA KEBAIKAN PENYUSUAN SECARA EKSKLUSIF NI?



APA KEBAIKAN KEPADA IBU PULA?

  • Mengurangkan pendarahan selepas bersalin
  • Mengecutkan rahim dengan lebih cepat
  • Membantu mengembalikan bentuk badan yang asal dan mengurangkan berat badan
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  • Membantu menjarakkan kehamilan
  • Memupuk kasih sayang ibu dan bayi
  • Mudah, menjimatkan masa dan wang
ok....next entry dee akan bercerita pula tentang BAGAIMANA NAK MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU...

Ingin mencuba produk Shaklee?

:DEE:
:SHAKLEE ID~866962:
:SMS / WHATSAPP ~ 0197578554:

No comments:

Post a Comment