Thursday, October 24

SUSU...OH...SUSU...

OK...dee mmg jarang bercerita tentang susu..konsep menyusu...susu tu..susu ni... tapi sebab sekarang ni sudah memulakan aktiviti penyusuan semula...so..mood bercerita pasal susu ada balik. ok...straight pada isu yang slalu customer tanya..

SOALAN :
DEE...Shaklee ada supliment untuk banyakkan susu eh? Apa? Alfalfa? Eh...bagi aku sebotol.

Selalu dan sering sangat jumpa customer macam ni. kalau nak ikut kadar keuntungan...memang tanpa banyak bicara....dee akan menjawab YES!Tetapi..... tak baik...kenapa? 
Sebab ada ibu ibu yang kurang jelas tentang perkara PALING ASAS dalam penyusuan. Kalau nak ikutkan ke'expert'an nya...dee akui...dee ni kira orang baru. almaklumla..anak baru masuk 2 orang...mungkin masih takde apa yang boleh diriakkan sangat.. tapi..dee sebagai dealer Shaklee mesti bertanggungjawab atas jawapan yang patut diberi. Ok..back to the question.

1. Kat umah breastfeed anak tak?
2. Kat tempat kerja pam tak?
3. Air masak minum cukup tak?

3 soalan yang paaaling asas.....

Apa jawapannya?

Ada yang cakap...kat rumah je bf..time kerja tak sempatla.... ADEHH! tu la yang dee katakan tadi konsep penyusuan yang salah. Jawapan dee senang je... " Sayang..klu tak kerap kosongkan breast....tak ikut jadual pumping...makan sehari sebotol Alfalfa pun susu tak meriah..."
Kenapa?
Konsep penyusuan :

DEMAND vs SUPPLY........Diaman jika banyak permintaan...semakin banyak supply yang akan datang. Berlainan dengan VIT C 500mg yang asik abeh jer...=)

Pengambilan penggalak susu tidak salah tetapi perlu diingat bahawa kita tidak boleh mengurangkan sesi mengepam kerana prinsip asas perbanyakkan susu adalah SEMAKIN KERAP KITA MENGOSONGKAN PAYUDARA MAKA SEMAKIN KERAPLAH SUSU YANG BARU AKAN TERHASIL. Ibu-ibu baru perlu memahami prinsip asas ini kerana tanpa prinsip asas ini perjuangan mereka akan berjalan separuh jalan sahaja.

Pada pendapat saya tidak kiralah mana-mana penjual suplemen mahupun penggalak susu adalah lebih manis dan lebih molek kita katakan bahawa pengambilan apa-apa produk sekalipun adalah untuk membantu mempercepatkan penghasilan susu badan di samping tidak meninggalkan rutin-rutin mengepam ataupun tidak meninggalkan rutin penyusuan terus dan dilakukan dengan lebih kerap ataupun mengikut permintaan si bayi. Semua ibu-ibu berhak untuk lakukan yang terbaik untuk bayi anda tetapi biarlah ianya dilakukan secara bersederhana dan makanlah dengan ilmu.




Ingin mencuba SHAKLEE?

Hubungi saya 
:DEE:
:ID SHAKLEE ~ 866962:
:SMS / WHATSAPP ~ 0197578554:

No comments:

Post a Comment